ADVERTISEMENT

Pages

Sunday 8 July 2012

Mutiara Kata Santapan Rohani...

      kata-kata yang dinukilkan oleh Syeikh Ibn Athaillah al-Sakandari dalam al-Hikam. Sumber sekunder petikan ini adalah daripada ruangan Mutiara Tasawuf dalam majalah Solusi isu 25. “Jangan kamu meninggalkan zikir kerana merasakan tidak adanya kehadiranmu (tumpuan) bersama Allah ketika berzikir itu. Sebab kelalaian kamu daripada berzikir (tidak berzikir langsung) adalah lebih berbahaya berbanding kelalaian kamu ketika sedang berzikir walaupun tanpa tumpuan. Mudah-mudahan Allah S.W.T mengangkat (mengurniakan) kamu daripada (maqam) zikir dalam keadaan lalai kepada zikir dalam penuh kesedaran, daripada zikir penuh kesedaran kepada zikir yang penuh tumpuan, daripada zikir penuh tumpuan kepada zikir yang dapat melupakan segalanya kecuali Zat Yang Maha Sempurna yang hanya (Dia) layak diingati. Hal itu tidaklah sukar bagi Allah Yang Maha Mulia.”




   Mutiara Kata mari kita basahi lidah kita dengan Zikrullah..selamat beramal..

Uncle Mengamuk Kat SenQ Karamunsing...



Kah Kah Kah....


       Mengelabah si Manager SenQ nih..Aku memang salute la uncle nih,die memang berani mempertahankan hak die sebagai pelanggan.Korang pernah kena macam nih?sebenarnya vidoe nih dah kecoh dah kat laman-laman sosial,kat blog seme.Kalau aku pun hangin kalau barang yang kita beli kat sesuatu kedai tu rosak,lagi-lagi baru kan..Dengar ceritanya si uncle nih die beli TV baru kat SenQ tu,pastu rosak jadi die ni nak claim kat SenQ nih,tapi pihak SenQ nih tak mahu bertanggungjawab atas kerosakan TV die..mengamuk sakan la uncle nih...

      Ape pun kita ambik iktibar lar dari kes nih,lain kali sebelum beli sesuatu barang tu kenalah berhati-hati ye..k babai..