ADVERTISEMENT

Pages

Wednesday 29 August 2012

Gambar Ustaz Don Melakukan Solat Sunat Bersama Isteri..

Cara untuk mengerjakannya ialah:
• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata
ba’dan nikahi rak’ataini lillahi
Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat
sunat sesudah nikah dua rakaat
kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama : Membaca surah
Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua : Membaca surah Al-
Faatihah dan surah Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut selepas
salam:
“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang, segala puji-pujian
bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah,
aku bersykur kepada-Mu, telah selesai
pernikahanku ini, kami memohon
pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah
pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah
aku dan isteriku orang-orang yang
soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
pada-Mulah kami memohon
pertolongan. Engkau anugerahkanlah
padaku isteri/suami yang soleh,
Engkau berikanlah akan daku dan
isteriku petunjuk dan hidayah agar
kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu
dan tunjukilah kami ke jalan yang
lurus sepanjang hidup kami. Engkau
berikanlah kami kekuatan untuk
memimpin isteri dan anak-anak kami
ke jalan yang Engkau redhai. Engkau
mesrakanlah kami, bahagiakanlah
kami sebagaimana Nabi Muhammad
s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf
dengan Zulaikha, Nabi Adam dan
Hawa. Engkau anugerahkanlah
padaku dan isteriku anak-anak yang
ramai dan soleh. Engkau
anugerahkanlah kami kesihatan dan
kesejahteraan pada isteri/suami dan
anak cucu kami sepanjang hayat kami
dan sepanjang hayat mereka. Engkau
peliharalah kami daripada perkara-
perkara yang boleh merosak
kemesraan dan kebahagiaan rumah
tangga kami”
“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim,
Engkau anugerahkanlah kepada kami
akan rezeki yang suci dan baik,
lindungilah kami dari mendapat rezeki
yang keji dan haram. Engkau
jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan
anak-anak kami orang yang rajin
mengerjakan solat dan bertaqwa.
Engkau berikanlah petunjuk dan jalan
sekiranya aku, isteri/suami dan anak-
anak ku menyimpag ke jalan yang
tidak Kau redhai. Engkau
anugerahkanlah padaku, isteri/suami
dan keturunan kami kekuatan dan
keimanan untuk berbuat baik dan
amal soleh sepanjang hayat kami.
Engkau peliharalah kami, isteri/suami,
anak-anak dan cucu-cucu kami dari
sebarang mara bahaya,fitnah,dan
malapetaka yang tidak diingini
samaada yang lahir mahupun yang
batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur
kami, isteri/suami kami, anak-anak
kami, cucu-cucu kami sehinggalah
akhir hayat kami dan mereka. Engkau
peliharalah kami, isteri/suami kami,
anak-anak kami, cucu-cucu kami agar
menjadi orang yang taat kepada-Mu
Ya Allah, kepada kedua ibubapanya
dan taat mengerjakan perintah-Mu
dan taat dalam menjauhi larangan-
Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya
Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami
Ya Allah (3 kali)”
Amin ya rabbal a'lamin..

Indahnya apabila mengikut acuan Islam..mudah-mudahan aku pun dapat mencontohi Beliau..Semoga menjadi pasangan yang diredhai Allah swt..


Wednesday 25 July 2012

Tips Cara Tingkat Trafik Blog

  Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut-&gt 1.Tulis posting artikel seperti posting saya ini,atau copy-paste artikel ini.Kemudian beri tajuk menarik..

2.Anda hanya cuma meletakkan Link URL dibawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog/web anda..

    2.JbJobs
    3.Maskulin
    4.Janji Bersih
    6.CariKerja
    8.FbJobs
   10.UdaDara
   11.MyJodoh.com


PERATURAN.

1.Sebelum korang meletakkan web-web diatas dikomuniti LinkURL ke posting web/blog korang,sila hapuskan link no 1.Selepas itu pindahkan Link no. 2 menjadi no.1,yang no.3 menjadi no.2,yang no.4 menjadi no.2 dan seterusnya.Setelah itu masukkan link anda diurutan bawah (no.15).

2.Ingat!! Jangan ubah urutan link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

 Bila posisi anda pada no.15,jumlah backlink=1
 Bila posisi anda pada no.14,jumlah backlink=5
 Bila posisi anda pada no.13,jumlah backlink=25
 Bila posisi anda pada no.12,jumlah backlink=125
 Bila posisi anda pada no.11,jumlah backlink=625
Bila posisi anda pada no.10,jumlah backlink=3,125
 Bila posisi anda pada no.9,jumlah backlink=15,625
 Bila posisi anda pada no.8,jumlah backlink=78,625
 Bila posisi anda pada no.7,jumlah backlink=390,625
 Bila posisi anda pada no.6,jumlah backlink=1,953,125
 Bila posisi anda pada no.5,jumlah backlink=9,765,625
 Bila posisi anda pada no.4,jumlah backlink=48,828,125
 Bila posisi anda pada no.3,jumlah backlink=244,140625
 Bila posisi anda pada no.2,jumlah backlink=1,220,703125
 Bila posisi anda pada no.1,jumlah backlink=6,103,51562


YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK!!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka korang akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,51562 dari berbagai blog yang korang tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog korang dari link List yang disebutkan diatas maka korang akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web/blog korang juga..

Ingat!!!Aturang permainan,link blog korang harus mulai dari urutan (no.15),sehingga hasil korang dapat maksimum backlink.Jangan salahkan aku jika korang tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link korang tiba-tiba berada diurutan no.1 dan menghilang didaftar link.Jadi mulai urutan di bahagian bawah(No.15)..


OK SELAMAT MENCUBA ..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA..

Tuesday 24 July 2012

MAN SEWEL DATANG KL...[VIDEO INSIDE]

Kali neh aku nak kongsi kat korang citer neh..best gak ar..sempena bulan-bulan Ramadahan neh boleh kita sama-sama layan citer neh..

JOM LAYAN..



Sunday 22 July 2012

Ketika Cinta Bertasbih[video]

     Alhamdulillah,sudah masuk hari ke-3 dah kita berpuasa.Jangan kita menghitung berapa hari lagi kita berpuasa tetapi hitunglah berapa banyak ibadat yang kita lakukan.Tahun ni aku berasa tenang menjalani ibadah puasa.Rasa lain macam sikit,aku rasa macam betul2 merasai nikmat puasa yang sebenarnya tidak seperti tahun-tahun sebelumnya..Dalam kita menjalani ibadah puasa ini aku nak mengajak korang semua menghayati cerita yang menarik bagi aku.Filem nih sangat sesuai ditonton disamping kita menghayati jugak amalan ibadah yang rutin lain.

   Aku jugak sangat teringin sekali menjadi seperti Mas Azzam hero filem nih..aku harap korang semua ambik nilai-nilai yang baik dalam filem nih...yelah aku pun masih membujang lagi dan aku teringinkan Bakal Zaujah aku macam kat dalam filem nih..jom kita saksikan...pastu boleh komen2...eh..kiki..




Saturday 21 July 2012

Bulan Ramadhan..

  Salam ..sempena bulan baik nih aku mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa ke,terkutuk ke.terperl ke dan ter ter lagi lah..Alhamdulillah hari nih selamat kita berpuasa hari pertama Bulan Ramadhan dan aku ramalkan hari nih ramai orang akan terpusu-pusu ke bazaar ramadhan untuk mencari pelbagai juada untuk berbuka..aku seperti biasalah berbuka dengan ala kadar jek..tapi aku akan makan yang berat2 masa lepas Terawih nanti..baru syok geng...tak caya cube lah..masa buka korang makan yang ringan2 jek contoh makan kuih atau kurma,pastu korang g solat magrib dan lepastu korang tunggu masuk Isyak pulak..bla abis je Terawih baru makan nasik...pergh memang Nikmat sungguh yang Allah beri..


   Aku memang bersemangat malam nih nak ke solat terawih.. sekarang jam dah pukul 7.06ptg..da nak masuk berbuka daaa..ape kata korang layan lagu kat bawah nih dulu...SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN ALMUBARAK..

Tuesday 17 July 2012

Mail Lambong ..

  Ha Ha Ha...

    Kali neh aku nak kongsi ceriter baik punyer..korang dah tengok ker citer neh?ahh aku kira aper kalau korang da tengok ke belum kan? ha ha ha..sekali aku layan daa..boleh tahan lah citer neh..kalau bagi bintang aku boleh bagi 3 dari 5 bintang..tapi aku boleh syorkan yang korang patut tengok citer neh...

   Citer neh menunjukkan cara-cara bagaimana cara penarik kereta professional..dan yang buatkan aku respek ialah si mail neh tak makan 'Rasuah'..kiki..macam perli jek..kah kah kah..aaahhh da2 jom layan..selamat menonton..!!



Friday 13 July 2012

Gempar !!!Ustaz Gufron Masuk Paper..




Bangga aku Ustaz nih masuk paper..Ustaz nih lar dulu masa aku duduk asrama lama sebelum berpindah ke asrama baru dulu kiteorang suke beli mee siput,air bungkus dan macam2 lagi lah..dan yang membuatkan kiteorang nih rajin sesangat pergi rumah die dulu pon sebab die ade anak dara masa tu..cunn woo..kiki
dengar khabarnya sudah pon mendirikan rumah tangga baru2 nih Alhamdulillah..pernah jugak dulu aku ikut ustaz nih pergi ceramah kat surau di luar daerah..opps lupe lak aku nak bagitau kat sekolah mane ek?kiki..k aku promote sikit name sekolah nih,name sekolah tempat aku sekolah ni ialah Sekolah Menengah Agama(Arab) Shamsuddiniah..


   Banyak kenangan kat sekolah tu..Beliau ni jugak merupakan menantu Kiyai Shamsuddin iaitu pengasas sekolah Shamsuddiniah..Beliau nih kalau cakap loghat Jawenye pekat..kiki..rindu mee siput buatan tangan isteri beliau..kiki...dalam kesempatan ini aku nak mengucapkan Tahniah diatas anugerah yang beliau dapat nih..tak sia2 beliau mengerah keringat untuk mendidik untuk menyampaikan ilmu...Alhamdulillah usaha beliau dihargai.ok lah ini sahaja coretan aku kali nih..k babai...

Tuesday 10 July 2012

GEMPAR..!!





Wow Kecoh..!


  Kecoh sungguh dari semalam kes nih..dah tengok gambar kat atas?? bagus..!..Semalam pasangan mengamuk kat Putrajaya dengan menggunakan pedang Samurai..mati ditembak polis sebanyak 3 das da seorang mati yang sorang lagi ditahan wad..yang mati tu yang lelaki kena tembak 2 das kat lengan dengan peha...macam-macam lah sekarang nih..memang tak aman Mesia nih sebenarnya..tapi apekan daya kita dicanangkan oleh ramai pihak yang negara kita nih 'Aman'..Aman ke?..dalam minggu ni je da berapa ramai orang kena bunuh,rompak,buang bayi?Aman dari segi tang mane pon tak tau dah..well.apepun mari kita doakan semoga negara kita aman hendaknya,semoga 1 hari nanti Malaysia nih dapat pemimpin dari kalangan Ulama' untuk membimbing kita ke zaman Khilafah.InsyaAllah....

Sunday 8 July 2012

Mutiara Kata Santapan Rohani...

      kata-kata yang dinukilkan oleh Syeikh Ibn Athaillah al-Sakandari dalam al-Hikam. Sumber sekunder petikan ini adalah daripada ruangan Mutiara Tasawuf dalam majalah Solusi isu 25. “Jangan kamu meninggalkan zikir kerana merasakan tidak adanya kehadiranmu (tumpuan) bersama Allah ketika berzikir itu. Sebab kelalaian kamu daripada berzikir (tidak berzikir langsung) adalah lebih berbahaya berbanding kelalaian kamu ketika sedang berzikir walaupun tanpa tumpuan. Mudah-mudahan Allah S.W.T mengangkat (mengurniakan) kamu daripada (maqam) zikir dalam keadaan lalai kepada zikir dalam penuh kesedaran, daripada zikir penuh kesedaran kepada zikir yang penuh tumpuan, daripada zikir penuh tumpuan kepada zikir yang dapat melupakan segalanya kecuali Zat Yang Maha Sempurna yang hanya (Dia) layak diingati. Hal itu tidaklah sukar bagi Allah Yang Maha Mulia.”




   Mutiara Kata mari kita basahi lidah kita dengan Zikrullah..selamat beramal..

Uncle Mengamuk Kat SenQ Karamunsing...



Kah Kah Kah....


       Mengelabah si Manager SenQ nih..Aku memang salute la uncle nih,die memang berani mempertahankan hak die sebagai pelanggan.Korang pernah kena macam nih?sebenarnya vidoe nih dah kecoh dah kat laman-laman sosial,kat blog seme.Kalau aku pun hangin kalau barang yang kita beli kat sesuatu kedai tu rosak,lagi-lagi baru kan..Dengar ceritanya si uncle nih die beli TV baru kat SenQ tu,pastu rosak jadi die ni nak claim kat SenQ nih,tapi pihak SenQ nih tak mahu bertanggungjawab atas kerosakan TV die..mengamuk sakan la uncle nih...

      Ape pun kita ambik iktibar lar dari kes nih,lain kali sebelum beli sesuatu barang tu kenalah berhati-hati ye..k babai..

Saturday 7 July 2012

Hari Minggu Yang Sejuk....

Pergh sejuknya pagi-pagi ni,memang syok kalau dapat lelapkan mate lagi-lagi pulak hujan-hujan macam ni..Hari minggu yang menyeronokkan bagi ramai orang kan?dalam aku dok layan kesejukkan ni sempat jugak aku layankan pic-pic lawak ni,memang tak boleh tahan perut asyik gelak jek..try korang lak tengok..
="color: blue;">ha ha ha ha



Kah kah kah... Amacam lawak tak?selamat berhibur la yer..kah kah

Kecik-kecik Dah Pandai Mencuri..

     Hai kecik -kecik da pandai nak pecah masuk kedai,tapi inilah realiti yang berlaku kat area kampung aku.Yang aku risaukan diaorang nih ialah masa depannya,agaknya macamana la kalau bila dah besar nanti jika masih berperangai macam nih.Kalaulah kat Malaysia nih dapat mengamalkan undang Islam sepenuhnya dapatlah kurangkan kes-kes yang macam nih.Memang orang akan cakap "alah setakat 100 200 hilang xde miskinnya die tu"..ha inilah mentaliti orang melayu sekarang nih,mentaliti macam ini yang kita patut ubah.Memang lah yang hilang tu tak banyak tapi kita sedar tak dengan duit RM100@RM200 tu lah boleh beli macam-macam,kalau tak masakan budak-budak tu nak mencuru ye tak?..

   Kegiatan semacam nih sepatutnya kita dapat ditegah melalui didikan ibubapa dirumah sebenarnye,aku tak la nak kata aku nih baik tapi memang realiti,umpama bak kata pepatah "Kalau nak melentur buluh biar dari rebung" betul tak?..kalau kat rumah dia tak dididik dengan asas agama masakan dia boleh jadi seorang yang warak.Ilmu seseorang ibubapa juga penting jugak kalau nak mendidik anak-anak nih..Sekarang nih kalau kita tengok ade macam-macam kes yang berlaku kat sekeliling kita,ade yang lari ikut kekasih la,mengugut la,mencuri,buang anak la,semalam je ade kes buang anak..agaknya macamana la perasaan dieorang tu,tak ade belas kasihan sungguh,tergamak membuang bayi merata-rata.Aku sangat-sangat berharap la supaya pihak-pihak berkenaan tolong ambik perhatian la ye.Sila jalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kamu sebab kat akhirat nanti kamu akan disoal oleh Malaikat..k bai..

Friday 6 July 2012

Mata Tak Boleh Tido..

Salam semua dan selamat pagi.Tah kenape tah mate ni tak nak tutup pulak pagi-pagi ni..last2 untuk menghilangkan boring ni aku buat entry baru je..ni pon sebenarnye tak idea sangat kalau korang nak tau,aku pon da tak tau nak tulis ape ni,main tekan2 je keyboard neh nasiblah ape yang keluar kiki..ape kata korang layan ni dulu..kiki




  Sesekali layan jiwang ok gak pagi2 ni..Aku minat giler lagu neh,kalau masuk karaoke 'jamban' tak sah kalau tak nyanyi lagu neh..cer try korang nyanyi skali tengok..kiki ...k bai

Thursday 5 July 2012

Kelebihan Hari Jumaat..

Kaum adam hari ini semua akan ke masjib bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.Peringatan untuk kaum Adam,sebelum ni aku pergi merata-rata tempat masih ade lagi yang masih meninggalkan solat Jumaat dengan bangganya.Aku tengok semua buat muka tak bersalah jer..Ingat!! kelebihan hari Jumaat sangat besar beb,jika cukup syaratnya dosa kita akan diampunkan samapaikan Jumaat minggu sterusnya tau..Peringatan untuk diri aku jugak..k bai

Ustaz Kesayangan Aku..



  Pagi-pagi Ummul Yaum ni apa kata kita layan ceramah ustaz ni,boleh jugak dapat pahala kan?Dapat la jugak menambah ilmu didada yang serba dahagakan ilmu akhirat.Nak kata aku ni alim tu tidak la,tapi aku suka mengajak sahabat-sahabat aku ni kearah kebaikan.Dalam kita sibuk mengejar keduniaan semata-mata kita terlupa akhirat kan?Bagi aku ustaz ni telah menarik ramai golongan orang muda mendekati kuliah-kuliah agama dan masjid.Ustaz ni yang aku suka sebab cakap biar terasa,sesiapa yang terasa tu paham-paham jela..(termasuk aku kiki)...Banyak ceramah ustaz ni aku follow...yelah ilmu masih sekecil zarah lagi kan..korang senang-senang bukak la YouTube tu cari-carilah video yang bermanfaat ye..pesanan untuk diri aku jugak..k bai

Majlis Akad Nikah Sahabat Aku



Walaupun video ni dah lama baru hari ni nak upload,masa ni aku jadi pengapit sahabat aku ni.Amacam sempoi tak die?kiki.....tengok la tunjuk ajar dari sape haha ..korang layan je la vdeo ni...k bai

Time Tak Ada Job

Nilah kerja aku kalau tak ada job,mane yang ada sapu je la daripada tak ada langsung.Yelah nak harap apa lagi ye tak?..inilah gunanya pengalaman hidup.semua boleh buat janji Halal.Kadang-kadang aku pelik budak-budak sekarang ni,semua nak senang je.Zaman searang ni mane ade senang?ingat petik jari semua timbul ke? Yelah entry kali neh aku sebenarnya tengah serabut kepala kalau korang nak tau.Aku ni mungkin orang suka nak nak mengenakan aku ek?Yelah mana tidaknya,banyak aku buat projek ramai yang kaki 'kencing'.Kadang-kadang aku dah naik fed-up dah,tapi untung tahap kesabaran aku ni tinggi.Aku kat sini nak mengingatkan orang-orang diluar sana yang suka 'kencing' orang lain tu beringatlah,mungkin hari ni hari kau,esok lusa sapa tau kan?..K lah nak chow dulu..Tunggu entry aku yang seterusnya k..bai..
Beb korang tau tak kereta ape ni?ha ha..meh sini aku kasi tau ni kereta Morris Minor keluaran tahun 1966.Amacam smart tak?..kiki..memang smart beb kalau budak-budak bujang bawak.Kereta ni sebenarnya nak jual,kalau nak diikutkan memang sayang sebab banyak jasa dia tu.Tapi oleh kerana ada sebijik lagi baru dapat untuk di bedah maka dengan relanya kereta ni boleh dilepaskan.Harga kalau nak diikutkan kira berbaloi la dengan modified yang agak banyak kat kereta ni.Enjin bukan yang asal,enjin sekarang ni masuk enjin Toyota 1.5cc c20.Seat sudah tukar,radio ade,aircond ade,sport rims 13''..amacam ada berani?kiki.. Kalau berminat tu boleh la coment-comment kat bawah.Boleh deal harga berapa berani..

Saturday 7 April 2012

gambar semasa di site....

ni masa kat indoor buat wirering...

PROJEK BARU

Assalamualaikum geng... sori lame tak update entri baru.yelah tengah buzy la sekarang sebab outstation kat Pahang,so xde la mase nak menaip ni semua.Aku nak cerita yang aku baru dapat job ni kat Pahang,projek RMPnet.korang tau x ape name tu?aku pon kurang pasti jugak sebab aku pon baru lagi dalam bidang neh.aku dalam proses pembelajaran la kirenya.ala ni pon aku dapat subkon je,aku ni kire orang yang ke-5 kot.tp x kisah la janji ade projek tol x? Projek yang aku buat ni sebenarnye kerje-kerja memasang radio set kat setiap balai polis seluruh Malaysia ni.kalau korang xtau ape tu radio set ni ialah walkie talkie yang polis selalu gune tu.aku ni kirenya agak terlewat gak dapat projek ni,tapi ok la jugak Alhamdulillah ade jugak rezki aku.sekarang ni tengah nak siapkan kat area Kuantan,lepas tu minggu depan aku gerak ke pekan.ala kat area kampong PM kite tu.InsyaAllah esok aku gerak ke Kuantan selepas menghabiskan cuti hujung minggu kat kampong mencari ketenangan kiki... Aku harap sangat projek ni berjaya,sebab sebelom ni banyak masalah yang aku hadapi.biase la orang melayu kite ni,cerita berdegar2 tapi x gentle nak bayar payment.tp xpe mungkin aku sebelom ni ade wat silap ke ape ke kan...aku redha je,aku jadikan ia sebagai pengalaman yang berguna.k la, aku da ngantok da ni,letih sangat sebab baru lepas main badminton haha...k jumpe lagi entri akan datang..assalam..

Saturday 11 February 2012

Assalamualaikum ... Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan kami dengan lebih meluas rangkaian dan bagaimana syarikat kami beroperasi serta menceritakan masalah-masalah yang biasenya terjadi kepada pelanggan-pelanggan seperti tertipu atau disuruh bayar lebih pada servis yang kadang2 harga tak masuk akal.Biasanya mereka2 ini hanya mahu untung yang melipat kali ganda tanpa melihat satu sudut dimana dengan harga yang dibayar oleh pelanggan itu berbaloi atau sebaliknya.. Oleh itu saya berharap blog ini dapat membantu...sekian