ADVERTISEMENT

Pages

Wednesday 29 August 2012

Gambar Ustaz Don Melakukan Solat Sunat Bersama Isteri..

Cara untuk mengerjakannya ialah:
• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata
ba’dan nikahi rak’ataini lillahi
Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat
sunat sesudah nikah dua rakaat
kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama : Membaca surah
Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua : Membaca surah Al-
Faatihah dan surah Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut selepas
salam:
“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang, segala puji-pujian
bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah,
aku bersykur kepada-Mu, telah selesai
pernikahanku ini, kami memohon
pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah
pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah
aku dan isteriku orang-orang yang
soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
pada-Mulah kami memohon
pertolongan. Engkau anugerahkanlah
padaku isteri/suami yang soleh,
Engkau berikanlah akan daku dan
isteriku petunjuk dan hidayah agar
kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu
dan tunjukilah kami ke jalan yang
lurus sepanjang hidup kami. Engkau
berikanlah kami kekuatan untuk
memimpin isteri dan anak-anak kami
ke jalan yang Engkau redhai. Engkau
mesrakanlah kami, bahagiakanlah
kami sebagaimana Nabi Muhammad
s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf
dengan Zulaikha, Nabi Adam dan
Hawa. Engkau anugerahkanlah
padaku dan isteriku anak-anak yang
ramai dan soleh. Engkau
anugerahkanlah kami kesihatan dan
kesejahteraan pada isteri/suami dan
anak cucu kami sepanjang hayat kami
dan sepanjang hayat mereka. Engkau
peliharalah kami daripada perkara-
perkara yang boleh merosak
kemesraan dan kebahagiaan rumah
tangga kami”
“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim,
Engkau anugerahkanlah kepada kami
akan rezeki yang suci dan baik,
lindungilah kami dari mendapat rezeki
yang keji dan haram. Engkau
jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan
anak-anak kami orang yang rajin
mengerjakan solat dan bertaqwa.
Engkau berikanlah petunjuk dan jalan
sekiranya aku, isteri/suami dan anak-
anak ku menyimpag ke jalan yang
tidak Kau redhai. Engkau
anugerahkanlah padaku, isteri/suami
dan keturunan kami kekuatan dan
keimanan untuk berbuat baik dan
amal soleh sepanjang hayat kami.
Engkau peliharalah kami, isteri/suami,
anak-anak dan cucu-cucu kami dari
sebarang mara bahaya,fitnah,dan
malapetaka yang tidak diingini
samaada yang lahir mahupun yang
batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur
kami, isteri/suami kami, anak-anak
kami, cucu-cucu kami sehinggalah
akhir hayat kami dan mereka. Engkau
peliharalah kami, isteri/suami kami,
anak-anak kami, cucu-cucu kami agar
menjadi orang yang taat kepada-Mu
Ya Allah, kepada kedua ibubapanya
dan taat mengerjakan perintah-Mu
dan taat dalam menjauhi larangan-
Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya
Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami
Ya Allah (3 kali)”
Amin ya rabbal a'lamin..

Indahnya apabila mengikut acuan Islam..mudah-mudahan aku pun dapat mencontohi Beliau..Semoga menjadi pasangan yang diredhai Allah swt..


No comments: